Monday, 26 December 2016

Menyimpan dengan 1g emas/bulan

MK dok usha je graf harga emas
Dua, tiga harini harga emas dah statik.
Maybe akan drop or naik mendadak, biasa mcm tu la.

Azam 2017 MK, nak ad goldbar lagi 10g. Tahun 2016 dh t'capai dh goldbar 10g.
Tapi MK bukan beli selepuk terus 10g..mau nk dekat 2k kot.
So MK beli secara bulanan 1g/bulan bila ad extra duit.
Kenapa MK tak simpan je dlm ASB or Tabung Haji?
Well ad jugak buat simpanan kat sana tapi MK pernah baca buku Azizi Ali yang asset dalam bentuk cash mempunyai susut nilai tinggi. Lagipun kita perlu pelbagaikan medium simpanan kita.
Tak rugi pun beli emas ni.

MK beli emas bulanan ni guna PUBLIC GOLD. Kenapa?
  • modal rendah - RM100 pun dh boleh beli tapi better beli terus ikut harga per gram tu
  • selamat - sebab PG akan simpankan goldbar korang if korang tak nak withdraw emas tu
  • modal buka akaun murah - just beli 1gram yg tak smpai RM200 je pun dh boleh ad akaun seumur hidup, tak da bayaran tahunan ok! Compare dgn akaun emas company lain..hmm
  • boleh beli online je - tak yah g kat kaunter, ad banking online selesai dh
  • akaun khas - bila dh jadi member, kita ada akaun khas boleh login bila2 masa je untuk semak baki emas or nak topup
  • senang nak withdraw emas - sebab branch public gold ad kat semua negeri kot..call or notify centre nak withdraw and choose je location korang
  • emas berketulenan 999.9 or 24k - goldbar lbma, tak da gst lg 
  • patuh shariah - ni point paling penting, tak da syubahat...in shaa Allah

Tak salah kalau mula dari sekarang sebab ap, MK mula join PG masa 2016 masa tu range harga emas RM 15+ smpai 16+ tapi tahun 2017 mecanak naik tambah2 dh brexit haritu terus jadi range RM17+ smpai 18+... Agak2 tahun depan boleh cecah RM20+ per gram...time tu nyesal pun tak guna dh..jadi mulakan la langkah anda sebelum terlewat, MK ckp betul2 ni...T__T

Sunday, 25 December 2016

Kolam Air Panas Jasin, Bemban, Melaka

Puas hati! the right word to describe Jasin hot spring
Seriously MK mcm tak caya je dah upgrade dh kolam air panas Bemban ni.
Dulu biasa2, tak da pun slide tapi sekarang
  • ad water slide 
  • dah tambah jumlah kolam air panas untuk rendam kaki 
  • ada separate pool hot spring untuk lelaki dan perempuan 
  • ada kolam based on suhu berbeza 



Okay sebab tu puas hati, hehe parking free beb. Makanan dan air bleh bawa dari luar pulak tu. Selalu tak boleh kalau water park kan. Nak masuk tiket pun murah
  • Dewasa - RM6.50
  • Kanank2 - RM5.50 
Cuma tang water slide tu kalau nak main tambah lg RM 6/head okay 
berjam2 jugak main air tadi..tak perasan diri dah macam mak budak =P

HERMO best!

Hi semua,
MK nak share vouchers HERMO yang MK dapat masa main spin & win sempena Christmas

MK suka je shopping online ni senang..kenapa MK suka shopping skin care and make up kat HERMO ni?
  1. Harga berpatutan
  2. Dapat free gift
  3. Parcel dalam keadaan baik masa terima, tak da koyak ke pecah 
  4. Banyak choice especially product dari korea 
Siapa yang nk guna sila cop and paste before proceed payment okay.
Selamat bershopping!

Code
HMSNW05UVSTYA  RM 5.00 discount given.
Minimum order of RM60.00, expired on 2017-01-01 

HMSNW05N0D7FN RM 5.00 discount given.
Minimum order of RM60.00, expired on 2016-12-26

10GIFT4U9NIA5T RM 10.00 discount given.
Minimum order of RM110.00, expired on 2016-12-31

Thursday, 22 December 2016

Bismillah 5

Assalamualaikum..
MK nak share satu amalan utk semua. Pernah MK dgr Bismillah 5 ni dari org tua2..katanya bagus utk diamalkn so tercari2 la jgk.

Antara kebaikan Bismillah 5 ni
1. Pelindung diri daripada sihir, Jin dan syaitan
2. Pahala utk amalan sunat

Jom sama2 kita amalkan.

Simpanan Shariah KWSP, perlu ke?


Alhamdulilah..MK dh dpt dh mesej dari KWSP
Selesai sdh permohonan simpanan shariah yang berkuat kuasa 1 Januari 2017. Sebenarnya tak ambil masa lama untuk daftar ni kalau di KWSP MITC Melaka dalam beberapa minit je, ada kaunter khas. Anda hnya perlu sediakan kad pengenalan saja danmenurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti.

Pengesahan melalui sms
Pendaftaran hanya boleh dilakukan di kaunter saja, jadi tak yah la korang gi godek2 kat i-akaun KWSP tu. Of course free of charge. Tak da beza pun dari segi pengeluaran msh sama dengan simpanan konvensional.

Apa kebaikan Simpanan Shariah ni?

  • penyucian dividen dan zakat - dalam erti kata lain tak payah la bayar zakat utk simpanan KWSP korang ni nti sama macam Tabung Haji 
  • terbuka kepada semua - muslim dan non-muslim boleh daftar 
  • kadar dividen - berdasarkan prestasi pelaburan patuh Shariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum 
  • yang paling penting diperakui oleh jawatan kuasa penasihat Shariah..in shaa Allah 
Pesanan : yang dah daftar utk petukaran akaun ni tak bleh la nak kembali balik ke simpanan konvensional selepas tarikh kuat kuasa..jadi yakin jela =)

Monday, 30 November 2015

Short trip to Melaka

Assalamualaikum
Well ni MK jadi tourist guide utk senior MK asl Sarawak
Dia mai utk konvo master UPSI 
alang2 dh sampai ke semenajung baik dia round terus Melaka

sebenarnya nk jalan2 dlm Melaka ni senang sebab ad byk bas
tapi bas ni ad setiap 30 min or 1 hour
pastu last trip before 7 pm

so MK tnggu laa senior ni dr TBS ke MC (melaka central)
sampai je terus kami naik bas domestik kat platform 17 ke Ujong Pasir
tambang RM2 per head
untung naik bas ni sebab terus stop tengah Bandar Hilir
so kami berjalan b'mula dari sini

1. Bangunan Stadhuys 
aka bangunan merah time ni mmg ramai tgh ambil gambar kat situ.
bersesak jgk laa nk snap pic
pastu sapa yg nk rasa naik beca boleh la cuba tak silap RM25 

2. Tebing Sg Melaka
  

Haah kami jalan kaki je pun. So ad beberapa port amik gmbr yg cantik.
Ad kesan tinggalan kota kat road side tu je plus arca2 dari bahan buangan. 
Then boleh amik jalan susur sungai tu ad kincir air. Free je nak snap pic..hehe

3. Muzium Samudera

Muzium ni bentuk kapal portugis kalau tak silap yg Flour De ap tah.
Fee dewasa : RM5 and kanak-kanak RM3 
Dalam ni byk cerita sal Melaka sebagai pelabuhan dan bahan2 sejarah
Tapi nak feeling2 on deck boleh arr naik bahagian atas kapal

4. Menara Taming Sari
Ni MK tak naik, sebab dh naik ok. Bayaran RM35 dpt laa air and kuih dia bg
Menara ni best la jgk sbb dpt tgk keseluruhan bandar Melaka dr ketinggian menara tu
Sapa yg gaya tu mmg duduk jela nti..silap2 tak buka mata..hahaha

5. Makan Asam Pedas! 
Haah ni mmg fav MK. Nama pun org Melaka kn..haha well mana dpt kat Miri weh 
Dh la mahal giler. Tak sama rasa lak tu..
bertentangan MCD, lintas jalan ada nmpk bangunan ala2 tradisional
yg ad jual souvenir pastu belakang dia ada kedai makan
Kami pilih yg set A, gler satu kuali dia letak atas meja, pastu kailan lg, telur dadar and tom yam
boleh mkn 6 - 8 orang total RM70 plus tapi tak da masuk air la.

6. Mahkota Prade 
Ni tmpt hang out famous dlm klngan bdk2 Melaka nescaya korng akan
nmpk bdk2 sek lepak2 ngn member tapi tak da la buat bnda tak senonoh ok
MK solat sini sbb selesa lg. Pastu plan nk cari buku ad Popular and MPH dlm ni.
Nasib baik jumpa buku yg dicari tu..hehe

7. Kota A Famosa

 Kami cross jalan ke Dataran Pahlawan (DP), cari Heritage Bazaar dlm DP tu pastu cari pintu keluar.
Finally, mercu tanda Melaka..hehe kena jalan la
Nmpk senior tu gembira tgk A Famosa tu..padahal gerbang je, hehe
Amikkn gambar utk dia and family dia.

8. Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Fee RM3 dewasa RM2 yg kanak-kanak.
Haa sila la tgk bahan2 sejarah drpd zaman ksultanan dulu kala.
Nak ambil gambar pun boleh, dlm ni byk patung2 yg mgambarkan situasi masa dulu. 
MK sgt tertarik dgn ruang yg para pembesar menghadap sultan, nmpk cam real pulak
Oh ya, masuk sini hati2 sbb byk brng lama kn, tambahan pula bekas tapak istana lama so faham2 la.

9. Beli souvenir
Hehe MK bawa senior beli kat Heritage Bazaar jela, masuk semula dlm DP tu.
MK sendiri beli something utk murid2 MK kat Niah tu.
Tunggu ea shayang2 Miss..ad surprise utk kamu...haha (gelak jahat)

Nak grak semula ke MC kami tunggu bas yg sama nO 17 : Ujong Pasir
Tambang RM2 jgk korang tunggu je kat teksi yg ad dpn DP.
Tapi kena alert arr bila bas sampai.


OK, sampai situ ja MK bawa diowng sbb diowang mai lambat
around kul 11 am bru smpai MC kalau tak byk lg MK bleh bawa.
Nasib baik senior puas hati sgt2..satu kejayaan utk MK, hehe
Trip ni end around 4.30 laa pastu nk kejar bas ekspress diowng lg
padahal lum beli tiket ke KL pun..haha 

Sunday, 29 November 2015

Trip to Kuching Part 2

Perjalanan hari kedua kami diteruskan lagi 
Pagi tu hujan renyai2 dan ditemani oleh pelangi, cantik sangat

1. Matang Wildlife Center

Sama function seakaan2 Taman Negara Gading 
korang boleh camping, hiking, picnic, swimming, sightseeing 
so actually lumayan je kalau overnight sini sebab mcam2 aktiviti boleh buat weh
tapi kami tak buat pun semua tu disebabkan masa limited 
perjalanan kami diteruskan ke bandar Kuching  

Berlaku perkara tak diduga semasa on the way tu di mana plat number kereta sewa kami 
hilang masa perjalanan Semantan ke Kuching
Kesilapan ketiga : Kami tak check keadaan kereta betul2 sebelum travel
jadi terpaksa laa pergi buat kat area perumahan yang kami singgah
nasib baik RM15 je weh kalau tak nangis 

2. Kampung Budaya 


Kg budaya ni di kaki Gunung Santubong, sejuk..hehe 
Peh ni mmg best..hehe langkah kanan sgt awl2 smpai 
pegawai dia tanya kami students ke? Kami ye kan jela pastu hulur la kad siswa 
yang tak expired lg.. dpt student price RM16.90 tapi tak da passport la
kalau tak RM60 weh mahal.

macam2 la korang bleh tgk antaranya rumah2 kaum2 di Sarawak, perlatan, tarian,
pakaian, makanan pun ada
Suka amek gambar? mmg puas hati sebab byk sudut cantik 
MK mmg tak lepaskn peluang laa, hehe
satu lagi korang jgn terlepas pulak show diowng 
pagi pukul 11.30 and petang around 2 p.m. 
mmg terbaik laa dance diowng 
plus at the end tu korang boleh dance together dgn mereka
kalau nasib terlebih baik kena laa sumpit

3. Persatuan Nelayan Sri Muara 

Kat sini korang boleh mkn n beli produk drpd kumpulan persatuan nelayan.
Apa yg best actually keropok lekor versi Sarawak yg kami cari 
tapi tak da rezeki kot, kedai tutup 
padahal kami datang hari isnin..hmm

4. Taman Negara Bako 

Kesilapan keempat : Tak baca maps betul2 
Hambik ko, nk sgt pergi Taman Negara ni tapi tak usha betul2
sekali follow waze nasib baik tak terhumban dlm sungai
Baru tahu rupanya nk ke Taman Negara Bako ni kena naik bot
dush3..so kami hanya mengisi perut jela kat sini

5. Cat Museum 

Tak da bayaran per head tapi nak bawa hp kena bayar RM3
so kami bawa masuk 1 je hp yg tbaik utk ambil gambar
dalam ni penuh la sejarah sal kucing and rentetan peristiwa2 tu
ad koleksi gmbar, lukisan, arca and so on all about cat

6. Mira Cake House and terubuk masin 

Ok shopping time, huhu
mcm biasa laa deret sini mmg ad byk kedai kek lapis tapi yg top of course 
Mira Cake House. Kalau beli 6 boleh laa dia packkn dlm box so sng la nk angkut
pastu harga dia mmg murah RM10, kalau miri tak dpt ni
even Habibi pun nk dekat RM 20 
Ad stok taster byk, tapi bila tgk kat rak dh tak tahu mana satu yg mkn tadi, haha
MK rasa yg wajib korang beli la mcm hati pari, masam manis, lumut (taste org tua) and 
cadbury ap tah, ad yg cheese yg mcm tu suit la taste org muda

area situ ad jual terubuk masin
so pandai2 la tawar
MK dpt 6 ekor RM40 
siap bungkus kotal lg
senang nk angkut, hehe

7. Mercu tanda Kuching 

wajib weh amik gambar kat mercu tanda kuching tu
so kami naik bot bayar RM0.50 one way
sampai kat situ cpt2 keluarkn camera nk snap pic

untuk dinner kami makan di RJ ayam bakar
mmg sedap weh
top menu ayam bakar penyet, harga pun berpatutan 

8. Kuching waterfront 
ambil gambar lg versi malam
Alhamdulillah semua ok je, tak la sunyi sgt
korang boleh g kedai souvenir yg accross the street je
ad mcm2 tapi hrga ssh la nk tawar

Malam kami overnight balik kat Transit Inn
so overall belanja utk penginapan+sewa kete+minyak
dlm lbh kurang RM200 sorang, jimat hehe