Thursday, 23 April 2015

Persediaan Sebelum Posting Sebagai Guru

Hi..MK in the house =)
So utk entry hari ni..
MK akn share MK nyer checklist before fly ke Sarawak masa awal bulan Januari 2015.
Dengar2 cerita batch MK yang belum posting pun akan fly ke Srawak..
Welcome to Sarawak everyone =D

1. Portal SPP
- download semua borang yang dilampirkan dan lengkapkan

2. KWSP
- buat di cawangan KWSP kalau Melaka di MITC
- free, bawa IC dan surat tawaran
- kalau dah ad KWSP minta penyata tahunan
- gaji dipotong 11% utk KWSP so jumlah dalam RM280 (April 2015)
- jadi bila dah sah jawatan boleh la tukar pada skim pencen

3. Siapkan 2 beradik ni ; medical check up, akuan sumpah awal
- Medical check up : swasta or kerajaan boleh tapi swasta bayar range RM30 above
Kalau klinik kerajaan, bergantung pada test ap yang dalam form tu nak. Biasanya berbelas ringgit sahaja dan waktu medical check up di kerajaan adalah hari tertentu sahaja.
- Akuan sumpah : pergi je ke mahkamah cari suruhanjaya sumpah, bayar RM2 dan bawa surat tawaran. Melaka kat Mahkamah Ayer Keroh pun boleh dah.

4. Buka akaun bank dan dapatkan penyata bank
- biasa orang guna Maybank atau CIMB bank tapi kat Sarawak ni bank2 besar tu biasa ad di bandar sahaja, jadi kawasan luar bandar mcm Sepupok ad Public Bank ja. Tapi ingat bank gaji sukar nak ditukar2 jadi buat pilihan yang bijak. Tak disarankan GIRO..haha

5. Sediakan cash money dalam lingkungan RM3000 (sebelum GST)
- penting kalau dapat posting Sabah n Sarawak. Nak cari bank ssh plus barang sini seganda dari semenanjung. Jadi korek la duit tu di mana-mana.

Nanti MK sambung lagi.
Ngntuk weh, esok sekolah..RPH baru siap
Harap2 SIC+ tak datang la ='(

Tuesday, 21 April 2015

Bertugas di Bumi Kenyalang

Alhamdulillah
Hampir genap 3 bulan lebih MK berada di Bumi Kenyalang ini.
Rasa tidak percaya tu masih ada lagi. Kenapa?

1. Batch MK adalah batch 1st yg dapat posting awal.
Bayangkan baru habis belajar hujung bulan 11 (2014). Tup2 posting hujung bulan 1. Tarikh keramatnya ialah 29.1.2015.

2. Tak pernah jauh dari family, haha..
Yela anak perempuan sorang. Selama ni nak kelua berkepit dengan ibu dan my brothers ja. Then tiba2 dapat posting menyeberangi lautan pulak tu. Peh..

3. Penempatan di negeri yang tidak diminta.
Wuu, MK aim dalam borang penempatan 3 negeri ni : Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor tapi tup2 fly direct ke Sarawak. Time check result penempatan tu memang dah redha dh. At least dapat la jugak kerja daripada tanam anggur lama mcm lepas SPM dulu..

Sekarang ni MK cuba gagahkan diri untuk timba pengalaman di Sarawak ni.
Walaupun dalam hati ni rindukan kampung halaman tapi demi membalas jasa ibu bapa dan menebus semula duit2 cukai yg telah dilaburkan utk MK belajar dulu, MK cuba sedaya upaya. Tolong doakan MK ikhlas dan redha dengan apa semua percaturan Allah S.W.T

Pemandangan di tepi sungai tempat MK