Monday, 26 December 2016

Menyimpan dengan 1g emas/bulan

MK dok usha je graf harga emas
Dua, tiga harini harga emas dah statik.
Maybe akan drop or naik mendadak, biasa mcm tu la.

Azam 2017 MK, nak ad goldbar lagi 10g. Tahun 2016 dh t'capai dh goldbar 10g.
Tapi MK bukan beli selepuk terus 10g..mau nk dekat 2k kot.
So MK beli secara bulanan 1g/bulan bila ad extra duit.
Kenapa MK tak simpan je dlm ASB or Tabung Haji?
Well ad jugak buat simpanan kat sana tapi MK pernah baca buku Azizi Ali yang asset dalam bentuk cash mempunyai susut nilai tinggi. Lagipun kita perlu pelbagaikan medium simpanan kita.
Tak rugi pun beli emas ni.

MK beli emas bulanan ni guna PUBLIC GOLD. Kenapa?
  • modal rendah - RM100 pun dh boleh beli tapi better beli terus ikut harga per gram tu
  • selamat - sebab PG akan simpankan goldbar korang if korang tak nak withdraw emas tu
  • modal buka akaun murah - just beli 1gram yg tak smpai RM200 je pun dh boleh ad akaun seumur hidup, tak da bayaran tahunan ok! Compare dgn akaun emas company lain..hmm
  • boleh beli online je - tak yah g kat kaunter, ad banking online selesai dh
  • akaun khas - bila dh jadi member, kita ada akaun khas boleh login bila2 masa je untuk semak baki emas or nak topup
  • senang nak withdraw emas - sebab branch public gold ad kat semua negeri kot..call or notify centre nak withdraw and choose je location korang
  • emas berketulenan 999.9 or 24k - goldbar lbma, tak da gst lg 
  • patuh shariah - ni point paling penting, tak da syubahat...in shaa Allah

Tak salah kalau mula dari sekarang sebab ap, MK mula join PG masa 2016 masa tu range harga emas RM 15+ smpai 16+ tapi tahun 2017 mecanak naik tambah2 dh brexit haritu terus jadi range RM17+ smpai 18+... Agak2 tahun depan boleh cecah RM20+ per gram...time tu nyesal pun tak guna dh..jadi mulakan la langkah anda sebelum terlewat, MK ckp betul2 ni...T__T

Sunday, 25 December 2016

Kolam Air Panas Jasin, Bemban, Melaka

Puas hati! the right word to describe Jasin hot spring
Seriously MK mcm tak caya je dah upgrade dh kolam air panas Bemban ni.
Dulu biasa2, tak da pun slide tapi sekarang
  • ad water slide 
  • dah tambah jumlah kolam air panas untuk rendam kaki 
  • ada separate pool hot spring untuk lelaki dan perempuan 
  • ada kolam based on suhu berbeza 



Okay sebab tu puas hati, hehe parking free beb. Makanan dan air bleh bawa dari luar pulak tu. Selalu tak boleh kalau water park kan. Nak masuk tiket pun murah
  • Dewasa - RM6.50
  • Kanank2 - RM5.50 
Cuma tang water slide tu kalau nak main tambah lg RM 6/head okay 
berjam2 jugak main air tadi..tak perasan diri dah macam mak budak =P

HERMO best!

Hi semua,
MK nak share vouchers HERMO yang MK dapat masa main spin & win sempena Christmas

MK suka je shopping online ni senang..kenapa MK suka shopping skin care and make up kat HERMO ni?
  1. Harga berpatutan
  2. Dapat free gift
  3. Parcel dalam keadaan baik masa terima, tak da koyak ke pecah 
  4. Banyak choice especially product dari korea 
Siapa yang nk guna sila cop and paste before proceed payment okay.
Selamat bershopping!

Code
HMSNW05UVSTYA  RM 5.00 discount given.
Minimum order of RM60.00, expired on 2017-01-01 

HMSNW05N0D7FN RM 5.00 discount given.
Minimum order of RM60.00, expired on 2016-12-26

10GIFT4U9NIA5T RM 10.00 discount given.
Minimum order of RM110.00, expired on 2016-12-31

Thursday, 22 December 2016

Bismillah 5

Assalamualaikum..
MK nak share satu amalan utk semua. Pernah MK dgr Bismillah 5 ni dari org tua2..katanya bagus utk diamalkn so tercari2 la jgk.

Antara kebaikan Bismillah 5 ni
1. Pelindung diri daripada sihir, Jin dan syaitan
2. Pahala utk amalan sunat

Jom sama2 kita amalkan.

Simpanan Shariah KWSP, perlu ke?


Alhamdulilah..MK dh dpt dh mesej dari KWSP
Selesai sdh permohonan simpanan shariah yang berkuat kuasa 1 Januari 2017. Sebenarnya tak ambil masa lama untuk daftar ni kalau di KWSP MITC Melaka dalam beberapa minit je, ada kaunter khas. Anda hnya perlu sediakan kad pengenalan saja danmenurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti.

Pengesahan melalui sms
Pendaftaran hanya boleh dilakukan di kaunter saja, jadi tak yah la korang gi godek2 kat i-akaun KWSP tu. Of course free of charge. Tak da beza pun dari segi pengeluaran msh sama dengan simpanan konvensional.

Apa kebaikan Simpanan Shariah ni?

  • penyucian dividen dan zakat - dalam erti kata lain tak payah la bayar zakat utk simpanan KWSP korang ni nti sama macam Tabung Haji 
  • terbuka kepada semua - muslim dan non-muslim boleh daftar 
  • kadar dividen - berdasarkan prestasi pelaburan patuh Shariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum 
  • yang paling penting diperakui oleh jawatan kuasa penasihat Shariah..in shaa Allah 
Pesanan : yang dah daftar utk petukaran akaun ni tak bleh la nak kembali balik ke simpanan konvensional selepas tarikh kuat kuasa..jadi yakin jela =)