Thursday, 23 October 2014

Review : Water world Melaka

Yeay..puas semalam Miss Koibito main air



finally dapat gak jejak ke A Famosa Water World dengan harga tiket RM20!
well, macam mana Miss Koibito dapat harga tiket murah camtu?
Tips : korang kena la pergi Matta Fair untuk beli tiket dengan harga yang murah, wuhu...


Harga tiket : RM 45 adult
Waktu Operasi :
11 pagi - 7 petang (isnin, rabu hingga jumaat)
9 pagi - 8 malam (sabtu, ahad, cuti umum dan cuti sekolah)
tutup setiap hari selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah

Tak boleh bawa makanan atau minuman dari luar
Tips : kalau nak seludup jangan letak dalam tuppaware
tapi letak dalam plastik (makanan) dan botol
kemudian selit celah baju, hehe...

Sewa pelampung untuk
1 orang : RM 10 (pulang semula RM 5)
2 orang : RM 20 (pulang semula RM 10)

Locker ada di sediakn tapi sediakan duit kecik untuk bayar
senang longgok je barang di tempat duduk yang ada
barang berharga sembunyi celah baju,huhu
insyaAllah selamat

Keseluruhannya Miss Koibito sangat berpuas hati
sebab Miss Koibito dah cuba semua slide yang ada di dalam Water World tu..

slide pertama yang Miss Koibito cuba ialah
family raft slide 
slide ni tak payah bawa pelampung sendiri - maksimum 4 orang -


kemudian naik Big Ice Cream!
tak payah bawa pelampung jugak - mesti 4 orang - hok ni memang buat jantung luluh - besar sangat kon tu dan memang kena patut syarat berat dan ketinggian yang ditetapkn supaya tak berlaku kejadian tak diingini...


diikuti tube slide
ni kena bawa pelampung - naik berdua -  jenis : open air

selain itu, ada inner tube slide 
sorang2 - dua jenis : open air, bertutup - tak payah pelampung
pastikan cara turun slide tu betul supaya tak tersangkut


high speed slide
sorang2 - tak payah pelampung - open air
yang ni kita boleh nampk daripada highway melaka ke kl
memang tinggi gila...lenguh kaki panjat tangga plus cuak nak turun guna slide
better mengucap dulu laa..haha

semalam yang ada tube tu tutup so slide open air je available 
wave pool and stage
yang ni better guna pelampung sebab air dalam plus berombak
even ada life guard pun belum tentu selamat sebab ramai orang kat sini


kids adventure pool 
sesuai untuk budak2 kecik yang belum pndai berenang...
pengawasan parents perlu ok


last sekali lazy river
yang ni guna pelampung dan budak2 memang perlu pengawasan
meskipun cetek tapi ada dilepaskan wave air di sini
Miss Koibito hampir lemas 2 kali sebab pelampung tu terbalik masa ombak kuat
sedih, tak da prince charming datang selamtkan..haha


kesimpulannya memang puas hati
tapi kena lincah laa plus fit sebab jarak antara slide tu jauh jugak
dan tangga naik slide memang tinggi beb
so ada masa sila la datang ke sini ye..
have a nice day then =D

No comments: