Hah baru lepas ambil ujian bahagian 1
iaitu undang-undang jalan raya dan pemanduan berhemah.
dan my L is on the way! yeay!!!
Nak tahu berapa miss koibito dapat?
jeng3
ngee~
tp study smart la pun
cmne boleh dapat?
senang je
1. buat buku soalan kurikulum pemandu dan fahamkan pattern,
kehendak soalan. kalau boleh hafal je terus jawapan dia
sebab soalan akan kluar apa yang ada dalam ni.
2. baca/selak2 buku kurikulum pendidikan memandu
tumpukan pada topik :
1. tanda isyarat lalulintas
2. langkah-langkah perancangan pemanduan
3. peraturan pemanduan berhemah
4. pemanduan dalam pelbagai keadaan (step semasa kecemasan)
5. sistem KEJARA (mata kesalahan, hukuman, bonus, kesalahan & mata demerit)
3. Kalau rajin boleh cuba jawab soalan ala-ala test komputer yang sebenar di online
(kalau tak jumpa boleh minta pada miss koibito, hehe)
Good luck ye buat sesiapa yang nak ambil Ujian Bahagian 1 ni
May Allah ease everything for us
amin...
Sunday, 28 September 2014
Tips Ambil Lesen Kereta
Haah khas buat adik-adik yang lepas SPM
Lagi-lagi yg perempuan yang baru nak ambil lesen
khasnya untuk lesen D (Kereta manual) atau lesen DA (Kereta Auto)
dan TAK PERNAH SENTUH kereta seumur hidup!
Jangan terus pergi daftar ke tempat ambil lesen berdekatan
kerana itu dikira anda dibawah company yang didaftar
Miss Koibito nak cadangkan pada korang
untuk pertimbangkan dulu pandangan Miss Koibito nibelajar under privet instructor
Kenapa?
Ok let me explain then :
Kebaikan dan Keburukan bawah company
Kebaikan
1. Tiada masalah nak ke tempat belajar
(just berkumpul di satu tempat dan dibawa ke sekolah memandu)
2. Bayaran lebih murah daripada bawah pengajar persendirian
3. Jadual untuk latihan praktikal KPP 02 & KPP 03 (on track dan on the road) dah ditetapkan
4. Bayaran diberikan resit
5. Pejabat akan call jika anda mendiamkan diri terlalu lama (stop setengah jalan)
tetapi Keburukan dia
1. Nak guna perkhidmatan hantar dan ambil charge lain plus
setakat sampai tempat belajar je bukan sampai rumah pun.
2. Murah pun setakat beberapa puluh ringgit je.
3. Jadual yang dah ditetapkan tu akan membebankan jika anda telah mempunyai
pekerjaan/part time sebab anda memang tak boleh tukar jadual tu. silap-silap kalau tak datang atau datang hari lain kena denda lagi.
4. Paling Penting : Korang akan dilego mcam tu je pada cikgu-cikgu driving ni.
So nasib la kalau dapat yang suka memaki dan cepat melenting
5. Pejabat call pun depend pada pengurusan dia macam mana. Kadang kerani tu mulut lepas jugak.
Manakala kebaikan dan keburukan bawah pengajar persendirian
Kebaikan
1. Tiada masalah ke tempat belajar sebab dia boleh ambil dari rumah
2. Jadual belajar kita tetapkan ikut masa kita.
Jadi boleh pilih hari apa dan waktu bila yang kita dan cikgu free (kaw team meh)
3. Pengajar persendirian kita BOLEH PILIH! Agak2 dengar cikgu yang ramai perempuan
suka belajar, sila pilih cikgu itu jika anda TIADA LANGSUNG KEMAHIRAN MEMANDU!
sebab orang macam ni biasanya penyabar dan faham perasaan perempuan.
4. Progress lesen tu sentiasa dipantau (dapat call selalu bila nak sambung lesen,
malah cikgu akan tolong untuk kita habis cepat belajar..haha)
Keburukan
1. Harga mahal sikit la (tapi berbaloi kot)
2. Tidak diberi resit bayaran (so sendiri catat la berapa dah bayar so far,
bukan apa takut terlebih bayar kan?)
3. Ketidakadilan di dalam latihan maksudnya mungkin ada group yang jadi pelanggan tetap akan diutamakan. contohnya hari sabtu dan ahad khas latihan untuk budak2 kolej jururawat.
Tapi be considerate la kan sebab mesti ada rasional cikgu susun jadual macam tu.
memang getir saat nak ambil lesen ni, wwuuu T_T
oleh itu, pilih la yang mana sesuai dengan bajet, kemahiran dan ketahanan emosi anda ye
lagi-lagi JPJ dah kuatkuasakan banyak peraturan baru
plus tahun depan GST beb!
Sapa belum ada lesen cepat laa ambil sebelum harga naik lagi!
Miss Koibito pun tengah ambil lesen ni,
please pray for my D license..
Masakan Negeri Sembilan Ori: Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi
ini menu favorite miss koibito setiap kali weekend
miss koibito belajar masak ni dari ayah tecinta yang asal dari n9
so memang nak diabadikan di dalam blog ni
Bahan-bahan
Bahan A : dikisar halus
3 inci kunyit hidup
cili padi secukup rasa (kalau nak pedas tambah lebih)
Bahan B : dipotong halus
4 helai daun kunyit
4 batang serai
Bahan lain
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Suku periuk Santan
1 papan Petai (kalau suka boleh tambah lagi)
2 cekur Ikan bilis
2 sudu Tempoyak
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya
Cara memasak :
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang merah, putih, ikan bilis
3. Masukkan bahan A
4. Masukkan petai diikuti bahan B
5. Masukkan tempoyak dan gaul. Tambahkan garam
6. Gaul hingga sebati, masukkan santan dan kacau.
Biarkan ia mendidih
Biarkan ia mendidih
7. Setelah mendidih, masukkan pucuk ubi.
Anda juga boleh gantikan pucuk ubi dengan pucuk labu (sodap tu)
8. Gaulkan lagi..biarkan mendidih...dalam beberapa minit hingga pucuk tu masak.
Selepas tu sedia untuk dihidang
Peh memang sodap sebab pedas kot
memandangkan yang masak ni miss koibito and ayah
memandangkan yang masak ni miss koibito and ayah
so memang pedas giler
sampai ibu cakap ni nak makan sampai sakit perut ke apa?
hehe, sorry ibu..
ni hah contoh tekak owng n9
Selamat Mencuba!
Wednesday, 24 September 2014
Coconut shake famous di Melaka
tiba-tiba teringin pulak nak minum coconut shake malam-malam camni, wuu
oh ye untuk pengetahuan semua kat Melaka ni Miss Koibito boleh senaraikan top 3 kedai coconut shake yang famous dalam kalangan penduduk bandaraya teknologi hijau dan pengunjung ke negeri bersejarah ni
1) Coconut shake Kelebang (top)
Lokasi : Jalan Kelebang Besar, sebelah stesen minyak
ni paling famous sebab memang sedap. senang cite orang yang tak suka /tak pernah minum coconut shake pun boleh addict dengan coconut shake ni.
nak beli pun susah sebab kena beratur panjang woo
melainkan kalau datang awal pagi dalam area pukul 10 lebih, haah tak payah beratur
lagi satu kalau datang dengan trip bas, driver bas dapat percuma pulak tu.
kalau kedai ni guna ice cream vanilla walls
2) Coconut shake Alai
Lokasi : Jalan ke Merlimau/Muar (jalan dalam bukan AMJ) sebelah SK Alai.
ni pun sedap. coconut shake Alai ni tak kurang juga meriah nyer
rasa coconut shake Alai lebih pada rasa ice cream iaitu ice cream vanilla nestle
memandangkan area dia tepi jalan besar, so senang la nak nampak
tapi parking tu agak terhad la
3) Coconut shake Batu Berendam
Lokasi : Jalan Batu Berendam , area SK Batu Berendam
ni best kalau nak lepak ngn kawan
kelebihan coconut shake ni anda boleh tambah air kelapa dan pekerja memang ramah
jadi belia suka lepak kat sini, tempat duduk nak minum pun banyak
miss koibito suka air kelapa kat sini
ada orang sampai bertekak cakap coconut shake Kelebang best,
ada kata Batu Berendam best, Alai pun sama
harga semua sama RM2.50 (sebelum GST okey)
tapi pada pendapat miss koibito rasa coconut shake ni bergantung pada
stok kelapa dan jumlah air gula yang dicampur
sebab pernah terkena rasa coconut shake tu hampeh
nasib baik free, tak la galat sangat
miss koibito dah cuba tiga-tiga tempat ni punya coconut shake ni,
anda bila lagi?
hehe...
Tuesday, 23 September 2014
Apps Yang Hasilkan Selfie Memuaskan Hati
Miss Koibito memang tak suka kalau orang lain tangkap gambar
sebab gambar yang mereka ambil tu mesti ada benda yang tak kena terutamanya :
1. bahagian bentuk muka yang nampak tembam
2. bekas/parut jerawat yang jelas
3. senyuman Miss Koibito yang pelik
4. mata Miss Koibito selalu terpejam
sampai dalam hati pun terdetik,
"buruk sangat ke muka aku ni? awat tengok kat cermin ok ja?"
"asal gambar orang lain ok, aku punya je horror?"
Menurut ahli psikologi Mita, T. H., Dermer, M. & Knight, J. (1977),
manusia mempunyai jangkaan tertentu bagaimana rupa sendiri berdasarkan sumber tak tepat iaitu CERMIN!
jadi orang biasa termasuk la Miss Koibito ni mempunyai tanggapan yang rupa akan sama seperti yang dilihat di cermin tu sepanjang masa.
padahal tudung dah senget benget pun bajet cun, kesin gler...T_T
wuu padahalorang selalu kata "cermin la diri tu sikit"
okey Miss Koibito akui memang la diri ini tak photogenic
dan ini sedikit sebanyak menyebabkan keyakinan diri di hadapan kamera memang "0"
apatah lagi bila nak ambil gambar untuk urusan rasmi macam kad pengenalan, pasport dan lesen memandu
oh ya sebut pasal kad pengenalan, hari rabu lepas Miss Koibito baru tukar My kad baru
punya la gugup masa nak ambil gambar tu sebab takut buruk macam My kad yang dulu
dipendekkan cerita sejam lepas tu pergi la ambil My kad baru, hulur la My kad lama
(ni dapat cepat sebab pergi kat main office)
ad office boy ni tegur
"ni ic masa umur awak bila ye?"
"masa lepas spm encik. kenapa ye?"
"tak da la beza sangat, yg lama ni macam makcik2 sikit sekarang nampak lagi better la"
Oh My Allah, see...dah terbukti muka Miss Koibito ni mmg problem bila diambil gambar
bila tengok My kad baru, dalam hati kata
"tak da beza pun, buruk gak ak tengok"
Miss Koibito lagi suka selfie sendiri.
Sebab bila selfie puas hati sebab
1. suka hati la nak ambil berapa banyak pun, kamera aku kan? guna tangan aku, bukan tangan kau..haha
2. boleh cari sudut yang memang menampakkn muka cantik
3. kemudian boleh edit, yeay (the best part, haha)
di sini Miss Koibito nak cadangkan 2 Apps yang terbaik bila nak selfie ni
boleh di download di dalam handphone dari play store
ni memang lama Miss Koibito guna 2 tahun juga la
kebaikan : boleh edit senyuman, so nampak menggoda sikit
saiz mata, mata sepet boleh jadi galak taw
parut, jerawat muka boleh hilang tanpa menampakkan bekas edit tu
ni baru berjinak lepas kawan promote
yang ni pun best sebab dia ada button selfie dengan pelbagai pilihan effect
macam peachpun yang menampakkan kulit anda cerah dan bibir keorenan (memang naik seri)
tapi yang ni kalau edit blemishes kena hati-hati sebab gambar tu akan nampak sangat kesan edit tak macam cymera tu.
jadi Miss Koibito memang suka selfie dan edit gambar sendiri
asalkan diri puas hati, gembira dan yakin lihat gambar tu
dalam hati ni asyik tertanya-tanya je
"bila la aku nak flawless?"
tak pe one day nanti Miss Koibito!
amin...
sebab gambar yang mereka ambil tu mesti ada benda yang tak kena terutamanya :
1. bahagian bentuk muka yang nampak tembam
2. bekas/parut jerawat yang jelas
3. senyuman Miss Koibito yang pelik
4. mata Miss Koibito selalu terpejam
sampai dalam hati pun terdetik,
"buruk sangat ke muka aku ni? awat tengok kat cermin ok ja?"
"asal gambar orang lain ok, aku punya je horror?"
Menurut ahli psikologi Mita, T. H., Dermer, M. & Knight, J. (1977),
manusia mempunyai jangkaan tertentu bagaimana rupa sendiri berdasarkan sumber tak tepat iaitu CERMIN!
jadi orang biasa termasuk la Miss Koibito ni mempunyai tanggapan yang rupa akan sama seperti yang dilihat di cermin tu sepanjang masa.
padahal tudung dah senget benget pun bajet cun, kesin gler...T_T
wuu padahalorang selalu kata "cermin la diri tu sikit"
gambar baby memang sentiasa perfect, jeles |
dan ini sedikit sebanyak menyebabkan keyakinan diri di hadapan kamera memang "0"
apatah lagi bila nak ambil gambar untuk urusan rasmi macam kad pengenalan, pasport dan lesen memandu
oh ya sebut pasal kad pengenalan, hari rabu lepas Miss Koibito baru tukar My kad baru
punya la gugup masa nak ambil gambar tu sebab takut buruk macam My kad yang dulu
dipendekkan cerita sejam lepas tu pergi la ambil My kad baru, hulur la My kad lama
(ni dapat cepat sebab pergi kat main office)
ad office boy ni tegur
"ni ic masa umur awak bila ye?"
"masa lepas spm encik. kenapa ye?"
"tak da la beza sangat, yg lama ni macam makcik2 sikit sekarang nampak lagi better la"
Oh My Allah, see...dah terbukti muka Miss Koibito ni mmg problem bila diambil gambar
bila tengok My kad baru, dalam hati kata
"tak da beza pun, buruk gak ak tengok"
Miss Koibito lagi suka selfie sendiri.
Sebab bila selfie puas hati sebab
1. suka hati la nak ambil berapa banyak pun, kamera aku kan? guna tangan aku, bukan tangan kau..haha
2. boleh cari sudut yang memang menampakkn muka cantik
3. kemudian boleh edit, yeay (the best part, haha)
di sini Miss Koibito nak cadangkan 2 Apps yang terbaik bila nak selfie ni
boleh di download di dalam handphone dari play store
a) Cymera
ni memang lama Miss Koibito guna 2 tahun juga la
kebaikan : boleh edit senyuman, so nampak menggoda sikit
saiz mata, mata sepet boleh jadi galak taw
parut, jerawat muka boleh hilang tanpa menampakkan bekas edit tu
b) Candycamera
yang ni pun best sebab dia ada button selfie dengan pelbagai pilihan effect
macam peachpun yang menampakkan kulit anda cerah dan bibir keorenan (memang naik seri)
tapi yang ni kalau edit blemishes kena hati-hati sebab gambar tu akan nampak sangat kesan edit tak macam cymera tu.
jadi Miss Koibito memang suka selfie dan edit gambar sendiri
asalkan diri puas hati, gembira dan yakin lihat gambar tu
dalam hati ni asyik tertanya-tanya je
"bila la aku nak flawless?"
tak pe one day nanti Miss Koibito!
amin...
Delete Item Not Found!
Penah tak korang alami file/folder yang tak boleh delete?
Haah rasa annoying sangat bila file/floder ada kat situ je
padahal nak dekat 50 kali duk klik utk delete dia je semata-mata.
Sebenarnya file/folder macam ni dah tak wujud lagi dlm sistem sama ada C or D
padahal nak dekat 50 kali duk klik utk delete dia je semata-mata.
Tak boleh delete Peta i-THink ni, semak desktop je |
atau lappy ckp "Item Not Found"
Pekejadah C and D ni?
Tu adalah hard disk drives (bagi yang tak perasan laa, haha)
Langkah-langkah untuk memadam file/folder yang merupakan "Item Not Found"
Langkah 1 : Klik Start > taip CMD
Langkah 2 : Taipkan perkataan berikut di dalam CMD tadi
cd / d (space) C :users\(account name)
apa pulak account name ni?
cer bukak korang nyer My Computer > C > Users > account name
selepas tu tambah lokasi folder/file yg nak dihapuskan tu, haha
contoh koibito punya
cd / d (space) C :Users\User\Desktop
dah habis taip tu, terus
Tekan Enter
Langkah 3 : Taipkan pula
dir(space)/x
dan Tekan Enter
Langkah 1 : Klik Start > taip CMD
Maaf Koibito nyer lappy Windows 8 so kena guna kat search |
Ni la CMD tu |
cd / d (space) C :users\(account name)
lepas users tu tambah account name lappy anda |
apa pulak account name ni?
cer bukak korang nyer My Computer > C > Users > account name
Koibito punya just user je tak tukar pun, haha |
contoh koibito punya
cd / d (space) C :Users\User\Desktop
dah habis taip tu, terus
Tekan Enter
Langkah 3 : Taipkan pula
dir(space)/x
dan Tekan Enter
Koibito nk delete PETABU~1 dan PETABU~2 |
So apa yang korang nmpk CDM tu listkan item yang ada kat lokasi yang dah anda tetapkan tadi
so check betul tak kat situ folder/file not found tu
so check betul tak kat situ folder/file not found tu
Langkah 4 : Taipkan berikut
kalau folder : rmdir
kalau file sahaja : del
rmdir/del(space)/q(space)/s(space)(nama item not found sila refer kat senarai item tu)
contoh Koibito punya:
C: Users\User\Desktop>Del /q/s 0 PETABU~1
dan Tekan Enter
magic, hilang dah satu so ad satu lagi item nak delete |
ulang langkah 4 tadi untuk item kedua nak delete
contoh Koibito punya:
C: Users\User\Desktop>Del /q/s 0 PETABU~2
C: Users\User\Desktop>Del /q/s 0 PETABU~2
maka terhasillah desktop yang bebas dari noda item not found
jadi itu lah sedikit sebanyak perkongsian Koibito untuk kali ni
Ada berani? Cuba sendiri sebab Koibito dah cuba =')
Ada berani? Cuba sendiri sebab Koibito dah cuba =')
Subscribe to:
Posts (Atom)