Sunday, 28 September 2014

Masakan Negeri Sembilan Ori: Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi

ini menu favorite miss koibito setiap kali weekend
miss koibito belajar masak ni dari ayah tecinta yang asal dari n9
so memang nak diabadikan di dalam blog ni

Bahan-bahan

Bahan A : dikisar halus
3 inci kunyit hidup
cili padi secukup rasa (kalau nak pedas tambah lebih)

Bahan B : dipotong halus
4 helai daun kunyit
4 batang serai 


Bahan lain
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Suku periuk Santan
1 papan Petai (kalau suka boleh tambah lagi)
2 cekur Ikan bilis 
2 sudu Tempoyak 
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya 


Cara memasak : 
1. Panaskan minyak


2. Tumis bawang merah, putih, ikan bilis


3. Masukkan bahan A


4. Masukkan petai diikuti bahan B


5. Masukkan tempoyak dan gaul. Tambahkan garam 


6. Gaul hingga sebati, masukkan santan dan kacau.
Biarkan ia mendidih 


7. Setelah mendidih, masukkan pucuk ubi. 
Anda juga boleh gantikan pucuk ubi dengan pucuk labu (sodap tu)


8. Gaulkan lagi..biarkan mendidih...dalam beberapa minit hingga pucuk tu masak. 
Selepas tu sedia untuk dihidang


Peh memang sodap sebab pedas kot
memandangkan yang masak ni miss koibito and ayah
so memang pedas giler
sampai ibu cakap ni nak makan sampai sakit perut ke apa?
hehe, sorry ibu..
ni hah contoh tekak owng n9 

Selamat Mencuba! 


No comments: