tiba-tiba teringin pulak nak minum coconut shake malam-malam camni, wuu
oh ye untuk pengetahuan semua kat Melaka ni Miss Koibito boleh senaraikan top 3 kedai coconut shake yang famous dalam kalangan penduduk bandaraya teknologi hijau dan pengunjung ke negeri bersejarah ni
1) Coconut shake Kelebang (top)
Lokasi : Jalan Kelebang Besar, sebelah stesen minyak
ni paling famous sebab memang sedap. senang cite orang yang tak suka /tak pernah minum coconut shake pun boleh addict dengan coconut shake ni.
nak beli pun susah sebab kena beratur panjang woo
melainkan kalau datang awal pagi dalam area pukul 10 lebih, haah tak payah beratur
lagi satu kalau datang dengan trip bas, driver bas dapat percuma pulak tu.
kalau kedai ni guna ice cream vanilla walls
2) Coconut shake Alai
Lokasi : Jalan ke Merlimau/Muar (jalan dalam bukan AMJ) sebelah SK Alai.
ni pun sedap. coconut shake Alai ni tak kurang juga meriah nyer
rasa coconut shake Alai lebih pada rasa ice cream iaitu ice cream vanilla nestle
memandangkan area dia tepi jalan besar, so senang la nak nampak
tapi parking tu agak terhad la
3) Coconut shake Batu Berendam
Lokasi : Jalan Batu Berendam , area SK Batu Berendam
ni best kalau nak lepak ngn kawan
kelebihan coconut shake ni anda boleh tambah air kelapa dan pekerja memang ramah
jadi belia suka lepak kat sini, tempat duduk nak minum pun banyak
miss koibito suka air kelapa kat sini
ada orang sampai bertekak cakap coconut shake Kelebang best,
ada kata Batu Berendam best, Alai pun sama
harga semua sama RM2.50 (sebelum GST okey)
tapi pada pendapat miss koibito rasa coconut shake ni bergantung pada
stok kelapa dan jumlah air gula yang dicampur
sebab pernah terkena rasa coconut shake tu hampeh
nasib baik free, tak la galat sangat
miss koibito dah cuba tiga-tiga tempat ni punya coconut shake ni,
anda bila lagi?
hehe...
No comments:
Post a Comment