Miss Koibito memang tak suka kalau orang lain tangkap gambar
sebab gambar yang mereka ambil tu mesti ada benda yang tak kena terutamanya :
1. bahagian bentuk muka yang nampak tembam
2. bekas/parut jerawat yang jelas
3. senyuman Miss Koibito yang pelik
4. mata Miss Koibito selalu terpejam
sampai dalam hati pun terdetik,
"buruk sangat ke muka aku ni? awat tengok kat cermin ok ja?"
"asal gambar orang lain ok, aku punya je horror?"
Menurut ahli psikologi Mita, T. H., Dermer, M. & Knight, J. (1977),
manusia mempunyai jangkaan tertentu bagaimana rupa sendiri berdasarkan sumber tak tepat iaitu CERMIN!
jadi orang biasa termasuk la Miss Koibito ni mempunyai tanggapan yang rupa akan sama seperti yang dilihat di cermin tu sepanjang masa.
padahal tudung dah senget benget pun bajet cun, kesin gler...T_T
wuu padahalorang selalu kata "cermin la diri tu sikit"
|
gambar baby memang sentiasa perfect, jeles |
okey Miss Koibito akui memang la diri ini tak photogenic
dan ini sedikit sebanyak menyebabkan keyakinan diri di hadapan kamera memang "0"
apatah lagi bila nak ambil gambar untuk urusan rasmi macam kad pengenalan, pasport dan lesen memandu
oh ya sebut pasal kad pengenalan, hari rabu lepas Miss Koibito baru tukar My kad baru
punya la gugup masa nak ambil gambar tu sebab takut buruk macam My kad yang dulu
dipendekkan cerita sejam lepas tu pergi la ambil My kad baru, hulur la My kad lama
(ni dapat cepat sebab pergi kat main office)
ad office boy ni tegur
"ni ic masa umur awak bila ye?"
"masa lepas spm encik. kenapa ye?"
"tak da la beza sangat, yg lama ni macam makcik2 sikit sekarang nampak lagi better la"
Oh My Allah, see...dah terbukti muka Miss Koibito ni mmg problem bila diambil gambar
bila tengok My kad baru, dalam hati kata
"tak da beza pun, buruk gak ak tengok"
Miss Koibito lagi suka selfie sendiri.
Sebab bila selfie puas hati sebab
1. suka hati la nak ambil berapa banyak pun, kamera aku kan? guna tangan aku, bukan tangan kau..haha
2. boleh cari sudut yang memang menampakkn muka cantik
3. kemudian boleh edit, yeay (the best part, haha)
di sini Miss Koibito nak cadangkan 2 Apps yang terbaik bila nak selfie ni
boleh di download di dalam handphone dari play store
a) Cymera
ni memang lama Miss Koibito guna 2 tahun juga la
kebaikan : boleh edit senyuman, so nampak menggoda sikit
saiz mata, mata sepet boleh jadi galak taw
parut, jerawat muka boleh hilang tanpa menampakkan bekas edit tu
b) Candycamera
ni baru berjinak lepas kawan promote
yang ni pun best sebab dia ada button selfie dengan pelbagai pilihan effect
macam peachpun yang menampakkan kulit anda cerah dan bibir keorenan (memang naik seri)
tapi yang ni kalau edit blemishes kena hati-hati sebab gambar tu akan nampak sangat kesan edit tak macam cymera tu.
jadi Miss Koibito memang suka selfie dan edit gambar sendiri
asalkan diri puas hati, gembira dan yakin lihat gambar tu
dalam hati ni asyik tertanya-tanya je
"bila la aku nak flawless?"
tak pe one day nanti Miss Koibito!
amin...